ARCA

M A N I F E S T O  A R C A 

1)      Mengukuhkan perpaduan dan integrasi antara kaum dengan :

·         Mengagihkan monopoli sektor ekonomi, sosial dan politik secara saksama kepada semua bangsa.
·        
Menerapkan dan memberi pendedahan nilai-nilai murni dan budaya di peringkat awal persekolahan.
·        
Mewujudkan pusat jagaan integrasi kanak-kanak.
·        
Memupuk keharmonian dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia dengan kepelbagaian program/aktiviti kebudayaan.
·         Menggalakkan penguasaan pelbagai bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil) dikalangan R
akyat Malaysia dengan mengadakan kelas percuma.
·         Menggalakkan sinergi dikalangan dewan-dewan perniagaan pelbagai kaum.

 

2)      Merealisasikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu dunia dengan:-

·         Meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pencapaian universiti awam dan swasta.
·        
Menaikkan taraf kolej dan institusi pengajian sedia ada.
·        
Melahirkan graduan yang berkualiti dan mandiri.
·        
Menggalakkan pelaburan asing dalam bidang pendidikan negara.
·         Menggalakan kemasukan pelajar asing dari seluruh dunia.

 

3)      Melonjakkan ekonomi negara dengan:-

·         Memberi sokongan dan insentif kepada lepasan graduan untuk melibatkan diri dalam perniagaan selaras k-ekonomi.
·        
Meningkatkan gunatanah untuk pertanian secara intensif.
 ·     
Meningkatkan eksport barangan siap keluar negara.
·        
Menggalakkan kemasukan pelabur asing.
·         Memberi fokus kepada bidang baru yang berteraskan teknologi dan pengetahuan.

 

4)      Mengurangkan jenayah kolar putih dan kolar biru dengan:-

·         Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang negara.
·        
Mempergiatkan usaha-usaha SPRM.
·        
Memansuhkan secara kekal VOA “Visa On Air”.
·         Meningkatkan usaha bersepadu dan kerjasama dengan negara luar.
·        
Melakukan operasi secara besar-besaran dan menyeluruh secara berkala bagi membendung pendatang tanpa izin DA danwarga asing yang tinggal tamat tempoh.

 5) Meningkatkan kebajikan dan keselamatan rakyat dengan:

 ·     
Menempatkan seorang anggota polis disetiap sekolah, kolej dan universiti.
·        
Menambahkan pemasangan CCTV disekolah-sekolah  dan tempat-tempat awam.
·        
Menambahkan bilangan rumah kebajikan untuk warga emas, mangsa penderaan dan anak-anak  yatim.
·        
Menghapuskan pembayaran yuran sekolah rendah dan menengah bagi ibu bapa yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan.
·         1 laptop 1 pelajar di kesemua sekolah menengah dengan konsep e-learning dalam pengajaran dan pembelajaran. 
 

6)      Menyokong usaha antarabangsa dalam isu pemeliharaan alam sekitar dengan:-

·         Mendidik rakyat peripentingnya menjaga dan memelihara alam sekitar.
·        
Memberi keutamaan kepada teknologi hijau dan mesra alam.
·        
Menggalakkan penggunaan kenderaan hybrid oleh rakyat dengan memberi diskaun cukai jalan kenderaan.
·        
Peka kepada alam dan hutannya dengan memastikan penanaman semula kawasan pembalakan.
·         Memodenkan pelupusan sampah yang sedia ada dengan penggunaan teknologi moden dan menggalakkan kitar semua barangan.

 
 
Make a Free Website with Yola.